Kandungan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
BROKER FOREX
Broker Forex Yang Sah ?
Syarikat yang menyediakan atau menawarkan perkhidmatan urusniaga tukaran matawang atau forex ini kita namakan sebagai Broker. Setiap Broker Forex ada menawarkan pasangan (pair) matawang asing ini untuk didagangkan dan kita boleh mengaksesnya di Platform ataupun TradingStation yang disediakan oleh setiap broker.
Untuk memilih Broker Forex, kita harus pastikan bahawa Broker Forex itu telah berdaftar dan diiktiraf olef Futures Commission Merchant (FCM), Commodity Futures Trading Commission (CFTC) dan juga ahli berdaftar dengan National Futures Association (NFA)
Lesen Broker Forex dikawal dengan sangat ketat dan sukar diperolehi. Sesuatu syarikat broker forex itu perlu mematuhi syarat dan peraturan majlis kewangan antarabangsa seperti di atas. Antara broker forex yang diiktiraf ialah seperti Marketiva, NorthFinance, FXCM, MoneyForex, FXCH, InterbankFx dan banyak lagi. Sila rujuk laman web broker tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentang modal minimum, cara membuka akaun, cara pengeluaran wang dan sebagainya kerana setiap broker adalah berbeza.
Sebagai contoh, FXCM mensyaratkan modal minimum membuka akaun mini adalah sebanyak USD300, MoneyForex sebanyak USD250 manakalan Marketiva tidak meletakkan had untuk modal minimum malahan memberi percuma USD3 untuk membuka akaun.
Perbincangan lanjut mengenai jenis jenis broker dan platform yang mereka sediakan akan kita bincangkan di kelas yang seterusnya.
BID Price ( HARGA JUALAN )
BID Price (Harga Jualan) adalah harga di mana 'dealer' sanggup membeli Matawang Dasar (Base Currency) sebagai pertukaran dengan Matawang Quote (Quote Currency). Kita boleh menjual matawang pada harga ini kerana dealer sanggup membelinya. Harga ini diletakkan di ruangan atau kolum SELL.
Bid price ini memang semestinya lebih rendah dari nilai pasaran bagi sesuatu pasangan matawang itu (inilah yang dikatakan perbezaan spread yang akan dibincangkan sebentar lagi). Bermakna, jika kita hendak menjualnya, harga kita adalah beberapa pips dibawah harga pasaran.
ASK Price (HARGA BELIAN)
ASK/BUY Price (Harga Belian) adalah harga di mana 'dealer' sanggup menjual Matawang Dasar (Base Currency) kepada kita sebagai pertukaran dengan Matawang Quote (Quote Currency). Bermakna ini adalah harga yang diberikan oleh dealer kepada kita jika kita hendak membuat pembelian matawang kita.
SPREAD
Spread adalah perbezaan di antara harga BUY dan SELL. Sebagai contoh, EUR/USD, spread adalah USD1.3452 - USD1.3455 = USD0.0003 atau juga dikenali sebagai 3 pips. Ini bermakna, jika kita telah membeli pasangan matawang ini pada harga 1.3455 dan tiba-tiba menukar fikiran, kita hanya boleh menjualnya pada harga 1.3452. Ertinya, kita akan rugi -3pips. Ini ialah spread. Spread inilah sebenarnya yang diambil oleh broker sebagai pendapatan atau revenue bagi syarikat broker itu.
Spread ini berbeza di antara satu pasangan matawang dengan pasangan yang lain. Ianya juga berbeza di antara broker. Kita seharusnya memilih broker yang memberikan spread (atau perbezaan) yang kecil kerana spread yang besar akan merugikan kita.
UNTUNG FOREX
Bagi mendapat keuntungan dalam Forex, kita perlu membuat arahan belian (BUY/LONG) ketika harga pasaran menaik atau bullish. Sebaik sahaja kita membuat pembelian ini, kita dikatakan telah 'membuka position' (Open Position). Jika harga terus menaik, kita akan mendapat untung. Untuk mendapatkan untung tersebut kita mestilah menamatkan urusniaga ini dengan menjual atau menutup postion tadi (Close Position). Traders akan menutup position pada ketika harga pasaran berada dipuncak dan carta menunjukkan tanda-tanda perubahan arah pasaran (reversal).
Pada keadaan sebaliknya, jika harga pasaran dijangka jatuh, arahan juala (SELL/SHORT) perlu dilakukan. Kita akan menjual dahulu pasangan matawang tersebut semasa harganya masih mahal dari dealer (umpama pinjam dahulu) dan kemudian apabila harga jatuh murah, kita membeli semula pasangan matawang tersebut dengan harga yang lebih murah kemudiannya.
KOS URUSNIAGA
Kos urusniaga di dalam forex adalah melibatkan SPREAD dan ROLLOVER. Rollover terjadi apabila terdapat Open Position yang belum ditutup yang dibawa ke hari yang berikutnya. Kos rollover ini perlu ditanggung oleh traders. Namun begitu, sebenarnya traders juga boleh mendapat keuntungan dari rollover ini.
Rollover secara ringkasnya ialah perbezaan kadar interest di dalam suatu pasangan matawang. Pengiraan rollover ini agak rumit dan kita tidak perlu bersusah payah mengiranya kerana ia akan dikira secara automatik dan ada dipaparkan bersama open position kita.
MARGIN CALL
Margin adalah jumlah dana minima yang perlu ada untuk membolehkan kita mengekalkan open position yang ada atau untuk membuka position yang baru. Margin Call akan berlaku jika dana di dalam akaun forex kita susut dan kurang.
Jika berlaku Margin Call, kesemua open position kita akan ditutup secara automatik. (Bagi Marketiva, Open Position yang terbaru akan ditutup satu persatu sehingga dapat menampung margin atau dana yang minimum). Kita disarankan agar memasukkan modal yang cukup untuk menampung kerugian bagi mengelakkan margin call ini.
Dikemaskini Pada 6 Disember 2007
|
|
|
|
|
|
|
Today, there have been 7 visitors (9 hits) on this page! |
|
|
|
|
|
|
|