Kandungan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pusat Asuhan - Asas Forex |
|
|
ASAS FOREX
Forex adalah suatu instrument pelaburan dunia yang terbesar dengan jumlah dagangan harian melebihi USD2.5 trillion sehari, jauh melebihi jumlah dagangan mana-mana bursa saham dunia. Pasaran forex di buka 24jam sehari tanpa henta, 5 hari seminggu bermula 5 pagi Isnin hingga 4 pagi Sabtu waktu Malaysia.
Jumlah dagangan forex melebihi 4 hingga 5 kali saiz pasaran niaga hadapan (Futures) dan Forex juga merupakan pelaburan utama bagi bank-bank perdagangan utama, bank pusat dan bank bank komersial di seluruh dunia.
Dagangan Forex adalah dagangan 2 hala. Bermakna, anda boleh mengaut keuntungan semasa aliran pasaran jatuh dan juga naik. Oleh kerana forex diniagakan 2 hala dan jumlah dagangan forex yang tinggi ini, semua orang berpeluang untuk mengaut keuntungan dan kekayaan melaluinya, dengan syarat anda tahu cara yang betul mengautnya.
Forex bebas daripada sebarang caj komisyen seperti yang diamalkan di pasaran saham. Ianya juga memberikan 'leverage' yang tinggi terhadap modal. Hasil leverage yang tinggi ini membolehkan kita berdagang forex dengan memiliki sejumlah besar nilai matawang walaupun kita hanya mengeluarkan modal yang kecil. Leverage ini akan diterangkan di kelas yang selanjutnya.
Hasil perkembangan teknologi internet, gabungan program komputer yang baik, kemahiran dan pengalaman dalam menganalisa pasaran secara fundamental ataupun secara teknikal, anda dengan mudahnya dapat mengaut keuntungan yang banyak disamping dapat meminimakan risiko kerugian. Tetapi, 90% daripada pedagang forex mengalami kerugian kerana terlalu tamak, tidak berdisiplin dan tidak menggunakan kaedah pengurusan wang atau margin yang baik.
Apa Beza FOREX dengan SAHAM ?
Pelaburan Forex jauh adalah jauh lebih baik berbanding saham. Ini adalah berdasarkan beberapa faktor berikut :
- Tiada komisyen
- Kos transaksi yang rendah
- Transaksi jual beli yang sangat pantas
- Kecairan pasaran yang sangat tinggi (market liquidity). Amat mudah untuk menunaikan keuntungan yang anda perolehi dengan klik satu butang tetikus sahaja.
- Leverage yang sangat tinggi dengan modal yang kecil. Secara umum, berniaga dalam pasaran Forex membolehkan anda dengan modal yang kecil untuk berniaga 200 kali ganda amaun modal anda. Contoh, jika anda mempunyai RM1000 ringgit, anda boleh berurusniaga dan membuat pembelian matawang USD 50,000.00.
- Tiada 'orang dalam', remiser, sandiket penipuan dan berita palsu seperti yang kerap berlaku di dalam pasaran saham. Pasaran saham secara mudah terdedah kepada permainan sandiket tertentu yang cuba melonjakkan harga saham syarikat tertentu dan menjerat pelabur yang terpedaya dan membeli saham tersebut. Pasaran Forex sukar dimanipulasi kerana jumlah dagangannya terlalu besar untuk dimanipulasikan oleh sesiapa. Jika seseorang ingin memanipulasi, dia tentunya mestilah mempunyai sekurang-kurangnya USD10trillion untuk membolehkannya menguasai pasaran. Adakah orang sekaya itu ? Orang terkaya seperti Bill Gates pun hanya mempunyai USD56 billion, jauh lagi ke USD1 trillion.
- Dagangan 24jam, 5 hari seminggu. Anda mempunyai kawalan pelaburan anda pada bila-bila masa. Tidak akan berlaku kes pasaran ditutup kerana tindakan pengganas, bencana alam, perayaan ataupun cuti umum.
- Pasaran 2 hala (pasaran saham kebanyakkannya hanya satu hala, iaitu pelabur hanya untung jika harga saham jatuh dan terpaksa menanggung kerugian jika saham jatuh kerana tidak dibenarkan "short" atau "sell".
- Tidak dikawal oleh mana-mana Negara atau kawalan Pasaran Sentral.
Dikemaskini Pada 5 Disember 2007
|
|
|
|
|
|
|
Today, there have been 13 visitors (16 hits) on this page! |
|
|
|
|
|
|
|