MALAYSIA
  Pra Sekolah - Jenis Matawang
 

JENIS MATAWANG


Matawang Utama (Major) dan Matawang Kedua (Minor)

    Di dalam pasaran forex, matawang diniagakan secara berpasangan. Ianya diniagakan secara berpasangan kerana dalam dagangan mestilah ada beli dan jual. Contoh pasangan matawang ialah GBP/USD (British Pound/US Dollar). Jika kita membeli "BUY" pasangan ini, bermakna kita membeli matawang GBP ( British Pound) dan menjual USD (US Dollar).

    Terdapat 7 matawang utama atau major yang sering didagangkan iaitu USD, GBP, EUR, CHF, JPY, CAD dan AUD. Matawang minor pula ialah matawang sepeti NZD, HKD dan SGD yang turut diniagakan tetapi tidaklah menjadi kegemaran ataupun pilihan pedagang atau traders.

Nama-nama Samaran Matawang Utama

    Di dalam laporan berita atau news yang dikeluarkan oleh agensi-agensi berita forex, matawang juga dikenali dengan pelbagai nama samaran atau nickname. Jangan pula kita terkejut bila membaca berita mengenai matawang seperti greenback, cable, kiwi, aussie dan sebagainya. Itu hanyalah sebagai nama samaran atau nickname sahaja. Berikut adalah sebahagian dari nama nama samaran bagi matawang :
  • USD = Greenback
  • GBP = Cable
  • AUD = Aussie
  • EUR = Euro
  • CHF = Franc
  • NZD = Kiwi

Ciri-ciri dan Sifat Jenis Matawang

    Setiap matawang mempunyai ciri-ciri dan sifatnya yang tertentu. Ciri-ciri dan sifat sesuatu matawang itu lazimnya mengikut polisi atau dasar perdagangan negara tersebut. Contoh sifat dan ciri-ciri matawang terhadap pasaran global adalah seperti berikut :
  • GBP : Mesra perdagangan ataupun business friendly. Sebarang berita berkenaan dengan perkembangan ekonomi seperti Index Pengeluaran yang positif akan melonjakan nilai GBP.
  • CHF : Matawang yang selamat dan stabil.
  • EUR : Anti US Dollar, Bank Pusat Eropah sangat bimbang kekukuhan matawang USD kerana ekonomi Eropah bergantung hampir sepenuhnya kepada eksport.
  • JPY : Sedang dalam proses mengurangkan inflasi, pengimport utama minyak dunia, sering juga sengaja dilemahkan untuk menggalakkan industri import.
  • AUD : Sensitif terhadap harga emas, kerana Australia adalah pengeluar emas kedua terbesar di dunia.
  • NZD : Mengikut AUD kerana ekonomi negara New Zealand banyak bergantung kepada keadaan ekonomi Australia.
  • CAD : Sensitif terhadap harga minyak mentah dunia kerana Canada adalah pengeksport minyak ke-sembilan terbesar di dunia.
Apakah Yang diniagakan di Pasaran FOREX ?

    Jawapan yang paling mudah ialah WANG. Pasaran FOREX ialah urusniaga jual beli pertukaran matawang. Dalam erti kata yang lain, pasaran FOREX ialah tempat dimana satu matawang dibeli, dijual atau ditukarkan ke matawang yang lain.

    Pasaran FOREX mungkin pada mulanya agak mengelirukan kerana kita tidak menjual atau membeli benda fizikal yang boleh kita nampak. Tetapi, secara ringkasnya kita boleh menganggap membeli suatu matawang adalah seperti membeli 'share' ataupun pegangan saham di negara tersebut. Sebagai contoh, apabila kita membeli matawang Jepun ( Yen ), kita sebenarnya membeli pegangan saham di dalam ekonomi Jepun, sebagaimana nilai matawang sesebuah negara (Jepun) adalah berkait rapat dan menggambarkan keadaan pasaran , ekonomi semasa dan masa depan ekonomi negara Jepun.

    Contoh yang mudah mengenai urusniaga FOREX ialah apabila kita pergi ke Singapura, kita kena menukar Ringgit Malaysia ke Dollar Singapura untuk membeli barang di sana, apabila kita ke Indonesia kita kena menukar Ringgit Malaysia kepada Rupiah. Kadar pertukaran ini berubah setiap hari dan biasanya kadar ini ditetapkan mengikut kadar pertukaran di pasaran FOREX sehari sebelumnya.

    Sebenarnya, boleh dikatakan bahawa semua orang terlibat dalam FOREX   secara tidak langsung. Kenapa?

    Katakanlah kita membeli satu barangan import seperti peralatan elektrik, kereta malah susu, daging, keju dan sebagainya, pengimport atau pedagang antarabangsa ini sebenarnya perlu membayar kos atau modal barang-barang tersebut dengan Ringgit Malaysia (RM yang telah ditukar kepada matawang asing seperti Dollar Australia (AUD), Dollar New Zealand (NZD), Dollar US (USD) ataupun Yen Jepun (JPY) dan sebagainya.. Begitulah juga pekebun-pekebun seperti getah, kelapa sawit dan koko akan mengeksport hasil mereka melalui pengeksport dan perlu menjualnya di pasaran dunia berdasarkan nilai matawang.

    Maka, secara tidak langsung, apabila kita membeli suatu barangan, kita juga sebenarnya menyumbang kepada naik atau turun pasaran FOREX. Jadi, dengan contoh-contoh yang mudah ini kita boleh nampak kenapa FOREX menjadi pasaran dagangan yang paling besar di dunia ? Ya, kerana kita semua sebenarnya terlibat setiap hari secara langsung atau tidak langsung di dalam pasaran forex.



Dikemaskini Pada 6 Disember 2007

 
 
  Today, there have been 14 visitors (17 hits) on this page!  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free