Kandungan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PIPSOLOGI
PIPS
Pips ialah nilai (perpuluhan) terkecil di dalam sesuatu pasangan matawang itu. Sebagai contoh, harga belian bagi pasangan GBP/USD ialah 1.9770. Jika nilai pasangan ini berubah ke 1.9771 maka perubahannya hanyalah 0.0001. Perubahan 0.0001 ini kita katakan 1 pip.
Nilai keuntungan pips adalah berbeza-beza di antara pasangan dan ianya juga bergantung kepada jenis akaun kita. Sebagai contoh, keuntungan 1 pip bagi pasangan GBP/USD adalah bersamaan USD0.1 (Akaun Mikro), USD1 (Akaun Mini) dan USD10 (Akaun Standard).
Oleh itu, PIPSOLOGI adalah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang cara cara untuk mendapatkan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan untuk mendapatkan pips, mengekalkan pips, dan mengulangi mendapatkan pips seterusnya. (Definisi Pipsologi ini adalah definisi penulis sendiri dan belum terdapat di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka).
LOTS
Lots adalah jumlah minimun ekuit (matawang) yang diniagakan di pasaran forex.
- Matawang diniagakan dalam bentuk Lot untuk membolehkan keseragaman harga pasaran bagi sesuatu matawang.
- Untuk Akaun Forex Standard, 1 Lot bersamaan dengan USD1000
- Untuk Akaun Forex Mini, 1 Lot bersamaan dengan USD50
- Untuk Akaun Forex Mikro , kita gunakan kuantiti (menggantikan lot) seperti kuantiti 100 bersamaan USD1.
PASANGAN MATAWANG
- Urusniaga Forex melibatkan pembelian dan penjualan matawang.
- "BUY" : Apabila kita membeli sesuati pasangan matawang, kita sebenarnya membeli 'base currency' matawang itu dan secara automatiknya kita menjual 'quote currency' pasangan matawang tersebut.
- "SELL" : Apabila kita menjual sesuatu pasangan matawang, kita sebenarnya menjual 'base currency' matawang itu, dan secara automatiknya membeli 'quote currency' pasangan matawang tersebut.
- Mengikut konvensyen sedunia, 'base currencis' adalah lebih kuat berbanding dengan 'quote currencies'. Contoh : EUR/USD, USD/JPY dan GBP/USD.
Base Currencies / Quote Currencies
- Base currency merangkumi matawang yang nilainya lebih besar dari US Dollar contohnya seperti matawang Euro (EUR) dab Great Britain Pound (GBP).
- Quote currency pula ialah matawang yang lebih rendah nilainya berbanding US Dollar. Contohnya seperti Yen Jepun )JPY), Swiss France (CHF) dan Dollar Australia (AUD).
NILAI PASARAN
Nilai pasaran ialah nilai terkini di mana para pedagang boleh membeli atau menjual sesuatu pasangan matawang itu. Nilai pasaran ini akan berubah-rubah harganya dan perubahan ini dikenali sebagai 'ticks'. Apabila nilai pasaran ini sedang naik, kita katakan pasaran "bullish" ataupun lebih mudah kita mengganggapnya kerbau yang sedang menanduk naik, sebaliknya jika nilai pasaran pasangan matawang tersebut jatuh, kita kenalinya sebagai "bearish" ataupun dengan mudah kita bayangkan beruang sedang mencakar dari atas ke bawah.
Untuk mendapatkan keuntungan forex ini, kita perlu memastikan dahulu arah pasaran bagi sesuatu pasangan matawang itu samada pasaran bagi pasangan tersebut 'bullish' ataupun 'bearish'
Jika arah pergerakan pasangan matawang itu naik atau bullish, kita hendaklah membuat trade BUY atau juga dikenali sebagai LONG. Sebaliknya, jika arah pasaran menurun, kita membuat trade SELL atau juga dikenali sebagai SHORT. Untuk memudahkan kita memahami tentang BUY/LONG dan SELL/SHORT ini, mari kita ambil contoh mudah jual beli emas:
Contoh BUY/LONG : Hari ini kita membeli 1 kilo emas kerana kita pasti harga pasaran emas akan naik esok (andaikan harga emas hari ini ialah RM72,000/kg). Keesokkan harinya, harga emas naik ke RM75,000/kg. Kita terus menjualnya dan untung kita ialah RM2,000. Kita mendapat untung ini kerana kita mengikut trend pasaran iaitu, semasa pasaran naik, kita beli iaitu BUY/LONG.
Contoh SELL/SHORT : Kita mendengar berita bahawa harga pasaran emas akan jatuh, maka kita mengambil keputusan untuk SELL/SHORT atau untuk lebih senang faham --> "Kita jual dulu, beli kemudian". Maka kita terus menjual pada harga RM75,000/kg. Keesokkan harinya, memang betul harga emas jatuh ke RM65,000/kg dan kita membelinya dengan menggunakan hasil jualan emas semalam (RM75,000). Maka kita telah mendapat keuntungan sebanyak RM10,000.
"Contoh ini adalah untuk memudahkan pemahaman kita sahaja"
|
|
|
|
|
|
|
Today, there have been 25 visitors (29 hits) on this page! |
|
|
|
|
|
|
|