Pernahkah anda mendengar pembaca berita berkata ?
"Ringgit diniagakan tinggi berbanding Dollar Amerika..."
"Ringgit mengukuh berbanding matawang utama lain...."
Ini adalah contoh berita FOREX ataupun Tukaran Matawang Asing.
- Perdagangan Tukaran Matawang Asing ataupun FOREX (Foreign Exchange) adalah urusniaga sah dan selalunya ada dipameran atau expo pelaburan besar dunia seperti di Seminar ATIC (Asia Traders Investment Conference) di KLCC baru baru ini. Mereka yang tidak paham mudah melatah dan menyangka Forex adalah pelaburan yang diharamkan kerajaan. Ianya tidak benar. Malangla jika ramai yang tidak faham Forex dan menyamakannya dengan pelaburan internet haram yang lain.
- Urusniaga forex juga boleh dilakukan secara langsung (OTC=Over The Counter) di semua bank atau Money Changer atau mana-mana broker utama dunia Tetapi cajnya terlalu mahal dan tiada "leverage" yang diberikan. Jika dilakukan dalam talian (online atau internet, tiada caj dikenakan. Bank dan Penukar Wang Asing (Money changer) menjadi semakin kaya hasil dagangan forex seperti ini dengan keuntungan beratus juta malah berbillion setahun.(lihat contoh tukaran currency notes iaitu FOREX dari Maybank dibawah, bank mengenakan 1620 pips untuk tukaran USD)
|